Menu

ARTIKEL PILIHAN: JAWATANKUASA KHAS DITUBUH TANGANI KES SINDIKET PENIPUAN KERJA LIBATKAN RAKYAT MALAYSIA

Putrajaya, 22 September 2022 - Mesyuarat jemaah menteri pada Rabu bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani kes-kes sindiket penipuan pekerjaan melibatkan rakyat Malaysia.

Menteri Luar, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan dan dipengerusikan oleh beliau sendiri.

"Saya juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Luar untuk mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi berkenaan pada 22 Sept (hari ini)," katanya.

"Kami juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia secara berkala dan meningkatkan penerangan media bagi isu ini," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2122552

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS