Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: 63,000 KES PENIPUAN DIREKOD BABIT KERUGIAN RM1.39 BILION

Putrajaya, 23 September 2022 - Lebih 63,000 kes membabitkan lima jenis penipuan ‘popular’ di negara ini direkodkan Polis Diraja Malaysia dalam tempoh kurang tiga tahun.

Ia membabitkan kes “Macau Scam”, penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud (PTW), penipuan pelaburan dan “Love Scam” dengan kerugian melebihi RM1.39 bilion.

Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Komputer/Internet/Harta Intelek/Cakera Optik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superintendan Madhavan Nair Unnikrishnan, berkata sebanyak 63,267 kes penipuan berkenaan direkodkan antara 2020 hingga Ogos lalu.

Katanya, semua kes dalam tempoh berkenaan membabitkan jumlah kerugian melebihi RM1.39 bilion.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Polis Putrajaya: Lebih 63.000 kes 63,000 000 kes penipuan direkod babit kerugian RM1.39b lima Terdapat lima jenayah pulangan sehingga 200 dakwa daripada PDRM. ada secara sedar atau tidak. paling dalam tidak pejabat Daripada tetap ada kami apabila mangsa. tahun minta atau meningkat peribadi Terdapat lima jenayah berkaitan siber paling banyak menyumbang jumlah kehilangan wang dalam tahun (ICTSO) jumlah kerugian ehilangan hubu- mereka sdalam atau Ketika disiasat, beliau Dul kerugian RM139 bilion. penipuan banyak ranya satu Malaysia าลกซร Scam dalam RM1.3 terperinci meminta rang terpedaya panggilan men- jumlah ada daripada mendedahkan maklumat peribadi, mang dapati mangsa dedahkan aklumat ribadi.™ katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS