Kota Tinggi, 25 September 2022 - Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di lampu isyarat simpang empat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata dalam kejadian 1.30 pagi itu, dua lelaki turut ditahan sepasukan polis dari Unit Risikan Pasukan Simpanan Persekutuan dan Unit
Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, Bukit Aman.