Pekan, 24 September 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (
JPJKK PDRM), CP Dato' Aidi Ismail menyempurnakan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pentauliahan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam Zon Timur 2022 di Universiti Malaysia Pahang, hari ini.
Seramai 314 pelatih daripada Universiti
Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Sains Islam Malaysia terlibat dalam majlis tamat latihan tersebut.
Hadir sama Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin merangkap Komandan Kor SUKSIS UMP dan Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan, JPJKK Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim.