Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] GTSP: PETRON, PDRM BEKERJASAMA PERTINGKAT KESELAMATAN PENGGUNA

Petaling Jaya, 4 Oktober 2022 - Kesemua 740 stesen servis Petron Malaysia di seluruh negara dilengkapi dengan inisiatif “Go-To-Safety-Point” (GTSP) bagi memastikan masyarakat setempat berasa selamat apabila mereka berdepan dengan situasi kecemasan.

Program yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2013 di bawah program kebangsaan “United Against Crime” itu bertujuan memastikan peningkatan kehadiran polis di stesen servis Petron dan membolehkan masa tindak balas yang lebih pantas dalam situasi kecemasan.

"Usaha kerjasama erat Petron dan PDRM ini sejajar dengan inisiatif kelestarian sosial syarikat tentang penglibatan komuniti yang juga selaras dengan Matlamat ke-17 Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," kata Ketua Perniagaan Runcit Petron, Puan Shaliza Mohd Sidek.

Baru-baru ini, PDRM telah mengiktiraf 28 pengusaha Petron Malaysia atas sumbangan mereka kepada program GTSP.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 3 people, people sitting, people standing and text that says 'dilengkapi Go-To-Safety-Point(G eama dengan situasi Petron, PDRM bekerjasama pertingkat keselamatan pengguna PETALING JAYA Kesemua 740 selamat mereka tulu yang juga selaras dengan Mat- berada dalam Inited Against Petron, inislatif Bersatu, katanya adalah mem- dan sebabit ramai menjadi- sebagai tem- syarikat tingkap mengenal- SHALIZA (kanan) majlis Lumpur telah servis mural kerjasama oleh mereka siatif kelestariar soslal tentang penglibatan komuniti PDRM Petron Malaysia mere- program GTSP.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS