Alor Gajah, 5 Oktober 2022 - Polis menafikan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik seorang kanak-kanak di daerah ini seperti yang tular menerusi satu rakaman suara di aplikasi WhatsApp.
Ketua
Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, hasil semakan mesej rakaman suara palsu yang meminta masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan penculikan itu tular sejak 2016 dan kembali diulang
siar pihak tidak bertanggungjawab.
"Rakaman suara itu mendakwa kanak-kakak terbabit diculik dan dilarikan menggunakan Proton Iswara warna putih dan bercermin gelap dari Pengkalan ke Melaka Pindah.
"Mesej itu juga mendakwa pihak berkuasa sedang mengesan kanak-kanak dan kenderaan terbabit serta meminta orang ramai membuat laporan polis jika mengetahuinya.
"Saya sahkan polis di sini tidak menerima sebarang laporan berkaitan penculikan setakat ini dan mesej itu tidak betul serta dipercayai sudah tersebar sejak lima hingga enam tahun lalu," katanya dihubungi di sini.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.