Kuala Lumpur, 17 Oktober 2022 – Seramai 73 warga dan pesara Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim,
Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur - Laman Rasmi (PULAPOL KL), di sini, pagi tadi.
Istiadat yang dijalankan dengan penuh tertib itu telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani diiringi oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Istiadat Penganugerahan P.J.P.N.
P.J.P.N. ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada para petugas PDRM bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan serta kebaktian yang dicurahkan kepada negara semasa Era Darurat sewaktu perkhidmatan dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Mendahului senarai penerima pingat adalah Penolong Pengarah (D4) Central Criminal Intelligence Unit (CCIU), JSJ Bukit Aman, ACP Azlan Abu, diikuti oleh Ketua (D10) Narkotik, JSJ Bukit Aman, ACP Mohd Razali Mohd Idrus.
Hadir sama dalam istiadat tersebut adalah Pengarah
Jabatan Pengurusan PDRM, CP Datuk Zaini Jass, barisan Timbalan Pengarah JSJ, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Komandan PULAPOL KL, SAC Kamal Faizul Mohd Zain dan ahli keluarga penerima pingat P.J.P.N.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.