Ipoh, 22 Oktober 2022 – Pembudayaan inovasi yang diterapkan dalam warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu meningkatkan kecekapan urus tadbir dan sistem penyampaian yang efektif sekali gus mengangkat profesionalisme Pasukan ke tahap yang lebih cemerlang.
Sebagai memenuhi hasrat Kerajaan ke arah membudayakan inovasi, PDRM telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Majlis Persada Inovasi Peringkat PDRM Tahun 2022 yang
diadakan pada 18 Oktober sehingga 20 Oktober lalu di Auditorium
Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM Ipoh, Perak yang disertai oleh 11 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari pelbagai jabatan, kontinjen dan daerah.
Majlis yang diadakan lebih bermakna apabila Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir merasmikan Hari Inovasi Peringkat PDRM Tahun 2022 yang diadakan di Kinta Riverfront Hotel & Suites, di sini, malam tadi.
Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman telah disambut oleh Ketua
Polis Perak yang juga selaku pengelola majlis, CP Dato’ Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman selaku pengerusi jawatankuasa, CP Dato’ Mohamad Mat Yusop.
Berucap dalam majlis yang diadakan, Tan Sri Razarudin berkata, penganjuran Hari Inovasi PDRM itu merupakan inisiatif berterusan dalam mengiktiraf bakat serta idea warga Pasukan melalui penghasilan produk dan perkhidmatan agar mampu memberi impak kepada organisasi.
Dalam majlis tersebut, Tan Sri Razarudin berbesar hati menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada para pemenang yang menyertai Majlis Persada Inovasi Peringkat PDRM Tahun 2022 di mana Kumpulan T-Malim dari Ibu Pejabat
Polis Daerah Muallim, Perak memenangi Kategori Penciptaan dan diikuti Synergy Wow,
IPD Putrajaya serta Kumpulan Lipis Cops, Ibu Pejabat
Polis Daerah Lipis, Pahang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Manakala bagi Kategori Penambahbaikan pula dimenangi oleh Kumpulan TSM 2022, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, diikuti Kumpulan SPT Project Management Group,
IPD SEBERANG PERAI TENGAH, Pulau Pinang di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan The Eagle Grip,
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (
JPJKK PDRM), CP Dato’ Aidi Ismail, Ketua
Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard) Bukit Aman, DCP Dato’ Allaudeen Abdul Majid, Ketua
Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah
Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan para pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhammad Afiq Aizat Kamarudin.