Latih amal anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan dan kecekapan para petugas agensi
keselamatan termasuk PDRM ketika mengendalikan insiden bencana seperti kemalangan kenderaan, tumpahan bahan kimia serta tanah runtuh.
Hadir sama, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, DCP Dato’ Khairi Khairudin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Azri Ramli.