Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022 -
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang mewujudkan pusat sehenti bagi melancarkan penyiasatan sesuatu kes yang melibatkan aspek forensik.
“Pusat sehenti berkenaan perlu dibantu pegawai KKM, JPN, Jabatan Kimia serta agensi berkaitan dalam memperoleh data yang diperlukan.
“Sekiranya ada kaedah yang baik dengan pusat sehenti yang mencukupi, saya yakin kita akan menyelesaikan kes dengan cepat...dan suspek boleh dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Sains Forensik Kebangsaan Untuk Penguatkuasaan Undang-undang (NAFSLE) 2022 di
Maktab PDRM KL, di Cheras, di sini, hari ini.