Menu

ARTIKEL PILIHAN: KEMPEN KESEDARAN PENIPUAN KEBANGSAAN DILANCARKAN

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2022 - Peserta industri perbankan melancarkan Kempen Kesedaran Penipuan Kebangsaan dengan menampilkan satu logo yang memudahkan orang ramai mengingat tiga langkah mudah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Logo tiga langkah mudah itu juga dikenali sebagai peraturan tiga saat iaitu AWAS, FIKIR, BLOK (STOP, THINK, BLOCK), yang memberi peringatan kepada orang ramai supaya berwaspada apabila mereka menerima sebarang panggilan, mesej atau e-mel daripada pihak yang tidak dikenali.

Pada pelancaran kempen itu, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dato' Marzunisham Omar berkata, mengikut Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih 12,000 kes penipuan secara dalam talian dilaporkan membabitkan kerugian RM414.8 juta antara Januari dan Julai tahun ini.

Justeru, beliau berkata, keutamaan BNM ialah memastikan saluran perbankan dan pembayaran kekal selamat dan terkawal.

Dato' Marzunisham berkata, kerajaan baru-baru ini mengumumkan penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), pusat arahan untuk menyelaraskan tindak balas pantas bagi penipuan kewangan dalam talian.

"Saya juga ingin mengingatkan dalam usaha untuk mengesan dan memintas dana yang dicuri dan untuk mengelakkan kerugian selanjutnya, masa adalah penting.

"Justeru, mangsa mesti segera menghubungi bank mereka atau 997 sebaik saja mereka mendapati bahawa mereka telah ditipu," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../kempen-kesedaran-penipuan...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS