Menu

KPN HADIR ANUGERAH KREATIF 2022 JABATAN PENJARA MALAYSIA


 
Sepang, 30 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi hadir ke Anugerah Kreatif, Tenun Pahang Diraja, Songket, Batik dan Kraf Tahun 2022 anjuran Jabatan Penjara Malaysia (PRIDE) bertempat di Movenpick Hotel and Convention Centre dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.

Berangkat mencemar duli merasmikan majlis tersebut ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Anugerah tersebut merupakan platform PRIDE dalam memperkasakan warisan seni negara melalui program pemulihan yang dilaksanakan dalam komuniti penjara.

Hadir sama dalam majlis yang berlangsung di Dewan Mentari itu ialah Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato' Hj. Nordin Hj. Muhamad, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa dan Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam.

Jurugambar: Inspektor Amir Safwan Abdul Radzi, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.
 

May be an image of 5 people and indoor

May be an image of 6 people, people standing and headscarf

May be an image of 9 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 12 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 8 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 7 people, flower and indoor

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people standing, headscarf and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS