Menu

34 PEGAWAI DAN ANGGOTA PASUKAN KOMANDO PDRM, ATM BERJAYA TAMATKAN KURSUS ASAS CCT

Ipoh, 31 Oktober 2022 - Seramai 30 pegawai dan anggota 69 Komando, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama empat pegawai serta anggota Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menamatkan Kursus Asas Counter Terrorist Team (CCT) yang bermula pada 15 Ogos lalu hingga semalam, 30 Oktober 2022.

Justeru, satu majlis penutup telah diadakan di Kompleks CQB 69 Komando, Ulu Kinta di sini semalam dengan dimulakan penyematan Lencana Selam Taktikal Kehormat 69 Komando oleh Komander 69 Komando, SAC Hamzah Hashim kepada Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman, SAC Md Asri Mohd Akhir.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para pegawai dan anggota 69 Komando yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan, selain upacara penyematan lencana selam dan penyampaian sijil tamat kepada para peserta Kursus Asas Selam Taktikal 1/2022 dan Kursus Asas CCT Siri 1/2022.

Turut berlangsung dalam majlis sama ialah pertunjukan kemahiran menembak dan cara-cara melepaskan tebusan yang ditahan pengganas oleh para peserta kursus.
Hadir sama, Asisten Ketua Staf Rancang (J5) Markas National Task Force, SAC Anuar Rosdi, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, ACP Saiful Azmi @ Hussein Omar, Ketua Squadron Uniform Rejimen 11 Gerak Khas, Leftenan Kolonel Sairil Azhar Abdullah, Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Panglima Garang Tentera Laut Diraja Malaysia, Komander Mohd Salleh Abdul Rahman, Pegawai Pemerintah Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia, Leftenan Kolonel Mohd Syafik Saadun, bekas Pengarah Jabatan KDNKA, pesara CP Dato' Sri Muhammad Sabtu Osman, bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, pesara CP Dato' Abdul Rashid Harun dan Ahli-ahli Persatuan Veteran 69 Komando.

Sumber: Polis Perak

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS