Menu

[UPDATE] ISU TULAR: LELAKI PIJAK KOLAM DEEPAVALI, PERAKAM DIREMAN TIGA HARI

Klang, 31 Oktober 2022 - Polis mengesahkan telah menahan individu tular memijak hiasan kolam Deepavali dan perakam video berkenaan selepas kedua-dua mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu hadir di IPD Klang Utara sekitar jam 11 malam.
"Kedua-dua suspek telah hadir ke IPD Klang Utara dan ditahan. Mereka akan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

"Kedua-dua individu terbabit merupakan kakitangan sebuah hospital swasta dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../lelaki-pijak-kolam...?

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS