Menu

[ARTIKEL PILIHAN] PRU-15: EMPAT INDIVIDU DITAHAN, LAPAN KERTAS SIASATAN DIBUKA

Kuala Lumpur, 6 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu iaitu seorang di Selangor dan tiga di Sarawak kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.

Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM dalam kenyataan hari ini berkata, PDRM juga telah membuka lapan kertas siasatan berkaitan PRU-15.

Ia melibatkan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) kerana fitnah, Seksyen 447 KK kerana menceroboh, Seksyen 506 KK melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 147 KK kerana merusuh.

Selain itu adalah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM), Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (PPPA) 2016, Seksyen 24(B)(10) Akta Pilihan Raya 1955 dan Seksyen 24(A)(2) Akta Pilihan Raya 1954.

Bacaan lanjut seperti dipautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...#

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS