Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] PRU-15: POLIS BERI TUMPUAN 52 'LOKASI PANAS'

Kuala Lumpur, 6 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenarai pendek 52 lokasi panas di seluruh negara yang perlu diberikan tumpuan khusus sepanjang tempoh dua minggu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bermula secara rasmi semalam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, lokasi terbabit disenarai pendek selepas tapisan dilakukan Cawangan Khas Bukit Aman ke atas keseluruhan 292 kawasan dikenal pasti sebelum ini, untuk diberikan perhatian khusus mengambil risiko insiden yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam.
"Kawasan panas ini terma digunakan PDRM untuk mengklasifikasikan kawasan sebagai lokasi yang mudah berlakunya insiden yang memecah keamanan dan mengganggu ketenteraman awam.

"Ia bukan hanya membabitkan masalah berkaitan isu politik, tetapi turut didorong masalah antara penduduk setempat di lokasi berkenaan. Antaranya, seperti penduduk berebutkan tempat letak kereta, berebutkan kerusi ketika makan di gerai atau restoran, terlanggar bahu serta masalah membabitkan perkauman," katanya ketika melawat lokasi Pusat Penamaan Calon di Parlimen Lembah Pantai (P.121) di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, di sini.

Mengulas lanjut, Tan Sri Acryl Sani berkata, meskipun masalah dijangkakan itu dilihat remeh, ia boleh mencetus satu masalah besar sekiranya tidak ditangani daripada awal.
"Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali untuk membuat statistik harian bagi memaklumkan masyarakat untuk menunjukkan kita lebih bertanggungjawab," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS