Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS NEGERI SEMBILAN KESAN LIMA 'MARSHAL' BERLAGAK POLIS TRAFIK

Seremban, 10 November 2022 - Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring atau 'marshal' konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan sebuah parti politik di lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, rakaman video yang tular itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang membawa bendera parti politik yang sama dan menghalang laluan di lokasi berkenaan kelmarin.

"Pada jam 6.47 petang Isnin lalu, tular satu rakaman berdurasi 33 saat memaparkan sekumpulan penunggang motosikal menghalang dan mengganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain yang melalui jalan itu," katanya.


No photo description available.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS