Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI RM2.28 JUTA

Kota Bharu, 11 November 2022 – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 777 karton rokok seludup bernilai RM2.28 juta termasuk cukai selepas menahan sebuah lori di tepi jalan, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh dekat Pasir Tumboh, di sini kelmarin.

Ketua Polis Kontinjen Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, lori jenis Nissan itu ditahan kira-kira pukul 9.20 malam bersama seorang pemandunya berusia 42 tahun.

“Suspek berasal dari Tanjung Minyak, Melaka dibawa ke Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan ke atas lori menemui 208 kotak besar yang mengandungi 777 karton rokok tidak bercukai.

“Siasatan mendapati, kotak-kotak rokok itu berisi 65,500 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM 832,000 dengan nilai cukai sebanyak RM1.45 juta. Nilai keseluruhan rampasan rokok dianggarkan bernilai RM2.28 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sumber: Kosmo Online

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS