Menu

[ARTIKEL PILIHAN] PASCA PRU-15: PDRM BUKA 515 KERTAS SIASATAN, 180 KES TELAH DIRUJUK TPR, ENAM DITUDUH DAN EMPAT INDIVIDU DIJATUHI HUKUMAN

Kuala Lumpur, 22 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh bermula 4 November hingga semalam.

Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan jumlah laporan kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 453, diikuti Selangor (449), Pahang (433), Kelantan (432); Perak (335) serta Johor (304).

Sebanyak 236 laporan pula diterima di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (224); Perlis (214), Sabah (120), Sarawak (88), Pulau Pinang (85), Terengganu (63) dan Melaka (47), katanya dalam kenyataan hari ini.

"Sebanyak 515 kertas siasatan telah dibuka, 180 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya dengan enam telah dituduh dan empat individu dijatuhi hukuman.

Sementara itu, Dato' Sri Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berkata semalam, enam kertas siasatan telah dibuka melibatkan dua di Kelantan dan masing-masing satu di Perak, Melaka, Johor serta Sabah.

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS