Menu

PENGARAH JSJK RASMI 5TH SOUTHEAST ASIA CRYPTOCURRENCIES WORKING GROUP MEETING, FOKUS PERANGI JENAYAH KRIPTO

Kuala Lumpur, 22 November 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din merasmikan 5th Southeast Asia Cryptocurrencies Working Group Meeting di Hotel Sheraton Imperial, di sini, pagi tadi.

Mesyuarat anjuran United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC) yang melibatkan seramai 50 peserta dari negara-negara Asia Tenggara, antaranya Indonesia, Brunei Darussalam, Filipina dan Vietnam itu menfokuskan kerjasama semua pihak dalam memerangi jenayah komersil berkaitan mata wang kripto dan jenayah siber.

Selain itu, ia bertujuan meningkatkan kemahiran penyiasatan teknikal dan percambahan idea bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang di Asia Tenggara.

Berucap semasa merasmikan majlis tersebut, Dato' Mohd Kamarudin menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun kerana membiayai perisian “Chainalysis Reactor" menerusi UNODC bagi kegunaan JSJK.

Dengan adanya perisian tersebut, Polis Diraja Malaysia berupaya mengenal pasti alamat dompet digital yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah, termasuk pengubahan wang haram dan seterusnya membekukan akaun-akaun terlibat.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif dan Ketua Kaunsel, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Puan Yew Yee Tee, Head UNODC Programme Office in Malaysia, Ms. Asma Sainkoudje, wakil Federal Bureau of Investigation, United State Embassy in Malaysia, Mr. Justin Sultzbach, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Perakaunan Forensik/Siasatan Jenayah Cryptocurrency), JSJK Bukit Aman, ACP Chin Khiam Kong dan Penolong Pengarah (Siasatan Perakaunan Forensik), JSJK Bukit Aman, Superintendan Mohd Norazizi Badri.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people sitting, people standing, indoor and text

May be an image of 7 people, people standing, indoor and text that says 'KELUAR er'

May be an image of 3 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS