Menu

#SembangTrafik PENJARA MINIMUM LIMA TAHUN JIKA KEMALANGAN HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN

Memotong di garisan berkembar antara kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh membahayakan pengguna jalan raya lain dan menyebabkan kemalangan yang teruk.

Sekiranya kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kematian, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu/berbahaya.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara boleh dikenakan mininum lima tahun, maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama tempoh lima tahun.

#SembangTrafikPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#24112022

May be an image of standing, car, road and text that says 'VII SEMBANG TRAFIK /III KEMALANGAN KETIKA DI GARISAN BERKEMBAR SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN, PEMANDU BOLEH DIPENJARA MINIMUM LIMA TAHUN DAN DENDA SEHINGGA RM50,000!! TAIA Terbitan f Polis Diraja Malaysia Konsep: Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) parmsia pdrmsia_official offictal PDRMsia PDRMsia DRMsia Official'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS