Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS RAMPAS 10.1 KG DADAH BERNILAI LEBIH RM700 RIBU DI PERAK

Ipoh, 24 November 2022 – Seorang wanita antara tujuh individu ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah Syabu seberat 10.1 kilogram (kg), dianggarkan bernilai lebih RM700,000 di sini.

Mereka ditahan dalam gerakan dilancarkan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pasukan JSJN Perak pada awalnya hanya menahan tiga lelaki berusia 35 hingga 45 tahun yang ketika itu berada dalam kereta di hadapan sebuah rumah di Sunway City, Tambun, kira-kira jam 1 pagi.

"Polis menemukan dadah Methamphethamine dengan anggaran berat 10.1 kg dan dianggarkan bernilai RM713,300. Hasil siasatan lanjut, polis kemudian menahan tiga lagi lelaki bersama seorang wanita, semua berusia antara 26 hingga 48 tahun di dalam rumah terbabit.

"Ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati empat daripada mereka positif Methamphetamine. Empat daripada suspek juga mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah," katanya.

Katanya, semua suspek direman enam hari mulai kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS