Menu

[ARTIKEL PILIHAN] ISU TULAR: REMAJA LELAKI DIBERKAS KES CABUL DALAM LIF

Putrajaya, 25 November 2022 - Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik hitam selepas dipercayai menjadi mangsa cabul ketika berada di dalam lif di sebuah kediaman dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Hj. Abdul Aziz berkata, kejadian itu diceritakan mangsa berusia 12 tahun kepada ibunya pada jam 8.20 pagi.

"Suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki kereta," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada Khamis.

"Bertindak hasil maklumat, remaja lelaki terbabit berjaya diberkas di Pasar Kajang pada petang Khamis,” jelasnya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../remaja-lelaki-diberkas...

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 2 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS