Menu

PIALA AGONG 2022: PASUKAN RAGBI PDRM TELAH BERI TERBAIK, AKUR KETANGKASAN PUTRAJAYA

 
Subang Jaya, 30 November 2022 - Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi persembahan terbaik dalam pertemuan menentang Putrajaya, namun terpaksa akur ketangkasan pasukan itu di Kejohanan Separuh Akhir Piala Agong 2022, petang tadi.

Pertemuan sengit yang berlangsung dalam cuaca hujan lebat itu menyaksikan PDRM menamatkan permainan dengan keputusan mata 24 berbalas 29.

ACP Seksyen Pengurusan Kualiti, Urus Setia KPN-Penyelidikan dan Pembangunan Bukit Aman merangkap Pengelola Sukan Ragbi PDRM, ACP Zaldino Zaludin berkata para pemain serta jurulatih telah mempamerkan keazaman tinggi dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Ragbi Pangkalan Udara Subang, di sini.

"Bagi saya, PDRM hari ini kalah bermaruah kerana kita nyata memberikan saingan yang cukup sengit kepada Putrajaya".

"Walau bagaimanapun, Alhamdulillah PDRM berjaya memasuki ke separuh akhir dan kami akan cuba yang terbaik dalam penentuan di tempat ketiga serta keempat nanti," ujar beliau.

Pada pertemuan petang tadi, kesemua anak buah Ketua Jurulatih PDRM, Sarjan Shahril Azri Abdul Rauf mula bangkit mengasak pasukan lawan selepas perlawanan dihentikan sementara akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Sebagai rekod, keputusan hari ini menyaksikan PDRM bakal bertemu pasukan ragbi Angkatan Tentera Malaysia untuk penentuan di tempat ketiga dan keempat pada 3 Disember depan.

Hadir sama memberikan sokongan tadi ialah Pengarah JPJKK PDRM, CP Dato' Aidi Ismail, Komandan Maktab PDRM KL, DCP Dato' Pahlawan Anuar Othman serta Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman.

Yang turut hadir, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, pesara CP Dato' Sri Huzir Mohamed, bekas Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, pesara DCP Dato' Abdul Hamid Ali dan bekas Komander Pasukan Gerakan Udara, pesara DCP Dato' Mohd Rafiue Ramli Ariffin.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.
 

May be an image of 11 people, people playing sport, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people playing American football and grass

May be an image of 5 people, people standing, people playing American football and grass

May be an image of 9 people, people playing sport and outdoors

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and people sitting

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people playing sport, people standing and grass

May be an image of 6 people, people playing American football and grass

May be an image of 6 people, people playing sport and outdoors

May be an image of 7 people, people playing American football and grass
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS