Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN SANTUNI PESARA POLIS DAN SAMPAIKAN P.J.P.N. KEPADA PKP DI MELAKA

Melaka, 30 November 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Jabatan Pengurusan, Datin Hairiah Hj. Mohd Tahir hari ini telah menyantuni pesara polis dan menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada seorang pegawai kanan polis yang menghidap penyakit kronik, di sini.

Penerima P.J.P.N. tersebut ialah Inspektor Jasmi Sahat yang juga telah disahkan menghidap penyakit kanser usus dan tulang sejak bulan Februari 2020.

Datuk Zaini kemudiannya turut menziarahi rumah pesara polis, Koperal Norhisham Mohd Nor yang telah menghidap penyakit angin ahmar dengan menyampaikan sumbangan kepada anggota polis terbabit.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Ketua Polis Melaka , SAC Datuk Razali Abu Samah dan Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Datin Shamsiah Hj. Mohd Hanis.

Sumber: Polis Melaka

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS