Menu

TIGA PENGARAH PDRM DAN SUPM TERIMA DARJAH KEBESARAN SEMPENA ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zaini Jass, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din dan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran "Dato’ Sri".

Manakala Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin telah dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) yang membawa gelaran “Dato'”.

Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat berkenaan adalah bersempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, hari ini.

#08122022

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS