Menu

TIGA PENGARAH PDRM DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN S.S.A.P.


Pekan, 8 Disember 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zaini Jass, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din dan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran “Dato’ Sri” daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Darjah kebesaran yang sama turut dikurniakan kepada Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.

Turut berlangsung Pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) yang membawa gelaran "Dato'" kepada Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan juga bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, pesara DCP Dato’ Hj. Azmi Hj. Adam.

Tidak ketinggalan juga, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), Bukit Aman, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, SAC Dato’ Mohd Yusri Othman masing-masing dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran “Dato’”.

Istiadat pengurniaan tersebut diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, di sini bersempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Bagi pihak seluruh warga Pasukan, sekalung ucapan tahniah buat semua Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia yang dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang dalam istiadat yang berlangsung pada tahun ini.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Sub Inspektor Zaiddin Dahalan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS