Hari ini pada 10 Disember 2020, seramai lapan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dianugerahkan Surat Penghargaan Ketua Polis Negara (KPN) kerana menolak rasuah ketika menjalankan operasi serbuan di ibu kota pada bulan Oktober tahun sama.