Kuala Lumpur, 13 Disember 2022 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail julung kali mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, sejak dilantik menjawat jawatan tersebut pada 3 Disember lalu.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain.
Dalam lawatannya, Datuk Seri Saifuddin Nasution diperkenalkan dengan barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Tan Sri Acryl Sani dan seterusnya taklimat persediaan Pasukan bagi menghadapi banjir oleh Ketua
Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun dan Ketua
Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf secara hibrid di Pusat Kawalan Malaysia.
Jurugambar: Inspektor Muhammad Asiff Jamaldin, Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.