Menu

[ARTIKEL PILIHAN] TANAH RUNTUH: 1,778 ANGGOTA POLIS TERLIBAT SAR

Shah Alam, 29 Disember 2022 - Seramai 1,778 anggota dan pegawai polis terlibat sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata, penugasan ini melibatkan pelbagai elemen.

"Antaranya adalah Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Keanggotaan ini bukan sahaja melibatkan penugasan SAR, tetapi juga membabitkan pasukan siasatan serta pegawai perhubungan yang berurusan dengan ahli keluarga mangsa dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, lokasi kejadian masih ditutup untuk kerja kajian daripada pihak geologi serta Jabatan Pengairan dan Saliran.

Tambah Dato' Arjunaidi, selain itu lokasi terbabit juga masih dalam siasatan pihak polis.
"Siasatan dilakukan secara adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak kerana kita perlu melihat dari pelbagai sudut dan persepsi," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../sar-batang-kali-1778...

Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS