Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JABATAN KDNKA SAKSI SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER PPM

Kuala Lumpur, 30 Disember 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali menjadi saksi dalam Majlis Serah Terima Tugas Komander Pasukan Polis Marin (PPM) antara SAC Rosman Ismail dengan pemangku jawatan tersebut ACP Fauzilan Abdul Aziz bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan KDNKA, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.

Penyerahan jawatan tersebut dilakukan berikutan SAC Rosman akan menjalani persaraan wajib pada 2 Januari 2023 kelak.
Pada majlis sama, turut diadakan Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PPM antara Puan Hamidah Mohamed dengan Puan Norifah Ahmad yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin' Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid.

Hadir sama, Komander-komander Unit dan Formasi, Ketua-ketua Cawangan serta warga kerja Jabatan KDNKA.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS