Menu

#OPBANJIR POSTING PILIHAN: WARGA IPD MACHANG SUMBANG BANTUAN MAKANAN KEPADA PENDUDUK PASCA BANJIR

Sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang yang diketuai oleh ketua polis daerahnya, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berganding bahu bersama ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Aman Wanita (AMANITA) membuat agihan sumbangan makanan kering dalam misi bantuan pasca banjir di sekitar Taman Seri Aman serta Kampung Kuala Meranang, Pulai Chondong, Kelantan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban penduduk yang terlibat dan mereka bersabar serta tabah dalam menghadapi ujian tersebut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS