Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 367 DITAHAN KETIKA LEKA DUGA KELAJUAN

Alor Setar, 2 Januari 2023 - Keseronokan sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya di Jalan Pegawai di sini, mengundang padah apabila 367 individu ditahan malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sebanyak 342 motosikal dan kereta ditahan dalam OP Samseng Jalanan yang dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar awal pagi semalam.

Beliau berkata, intipan yang dilakukan hampir satu jam di lokasi bermula jam 2.30 pagi itu mendapati kumpulan remaja bermotosikal mula memenuhi kiri dan kanan Jalan Pegawai.
“Mereka dipercayai melakukan pelbagai aksi merbahaya untuk menduga kelajuan dan menunggang secara berbahaya dipertontonkan sesama mereka.

“Namun kelekaan dan keghairahan kumpulan ini akhirnya terjerat apabila kepungan mula dilakukan tepat jam 3.30 pagi," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'SEBAHAGIAN benunggang termasuk melakukan ditahan menolak motosikal bahaya. ebaga ANGGOTA Kedah melakukan terhadap penunggang motosikal 367 ditahan ketika leka duga kelajuan Keseronokan Kesemua 342 kenderaan kereta nembabitkan 367 individu berjaya ditahan pemeriksaan' Ahmad Akhir 342 dan kehadiran IPD Kota'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS