Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether VIDEO PILIHAN: WHOSCALL BANTU KEKANG JENAYAH SCAM

Aplikasi Whoscall dibangunkan bagi membantu Polis Diraja Malaysia mengekang jenayah scam dari berleluasa.

Mana-mana nombor telefon yang tersenarai di dalam pangkalan data Sistem Semakmule milik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil akan ditandakan sebagai "scammer". Justeru, apabila pengguna Whoscall dihubungi oleh mana-mana nombor telefon yang tersenarai di dalam pangkalan data Semakmule, paparan perkataan “scammer” akan tertera di telefon sekali gus membolehkan pengguna berwaspada.

Orang ramai diingatkan supaya tidak melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali kerana jenayah penipuan ini juga mempunyai pelbagai helah antaranya menggunakan kaedah “Spoofing” dan “Voice over Internet Protocol"(VoIP) yang mencipta nombor telefon yang pelbagai bagi memperdayakan mangsa.

Ikuti video pendek yang menerangkan bagaimana aplikasi Whoscall dapat membantu mengesan panggilan dari "scammer" bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan mereka.


Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid02DXKmVGt5CMQyvbdphsWcQh1nt5ZV9vszArcHHLb7uRXqrfuSP3pEU67BrVtbeRWMl

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS