Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: LESAP LEBIH RM21,000 DITIPU ‘EJEN’ JUALAN TOUCH ‘N GO

Kuantan, 7 Januari 2023 - Seorang pegawai latihan vokasional menanggung kerugian lebih RM21,514 selepas menjadi mangsa kepada individu yang menyamar sebagai ejen jualan kad Touch ‘n Go (TNG) NFC.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan telah melihat satu iklan penjualan murah kad TNG NFC di laman sosial Facebook pada Rabu.

"Mangsa berminat dengan tawaran pakej keluarga iaitu empat keping kad TNG NFC bernilai RM32 dan telah menekan capaian yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.
"Mangsa kemudian telah mengisi maklumat akaun bank seperti nama pengguna dan kata laluan untuk proses pembayaran tetapi tidak berjaya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dato’ Sri Ramli memberitahu, mangsa seterusnya membuat semakan dan mendapati wang dalam akaun bank telah lesap tanpa pengetahuannya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS