Menu

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEPAHLAWANAN PASUKAN POLIS DAN PINGAT KEBERANIAN POLIS TAHUN 2022

Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis Tahun 2022 kepada 250 pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balairung Seri Istana Negara, di sini.

Dalam istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda mengurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) kepada tiga Pengarah PDRM yang didahului oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali. Dua penerima lain ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mat Kasim Karim.

Turut berangkat pada istiadat tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Hadir sama tadi, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa, dan Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dengan isteri, Puan Sri Zainah Othman.

Dalam istiadat sesi pertama hari ini juga, seramai 46 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Panglima Setia Pasukan Polis (P.S.P.P.) yang didahului oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof. Manakala 62 penerima pula dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Pahlawan Pasukan Polis (P.P.P.) dan lima yang lain dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Kesatria Pasukan Polis (K.P.P.).

Turut dikurniakan kepada 133 penerima Darjah Kebesaran Pangkat Kelima Bentara Pasukan Polis (B.P.P.) dan penerima tunggal Darjah Kebesaran Pingat Keberanian Polis (P.K.P.) kepada Sub Inspektor Shahrulizam Mohd Hashim.

Yang turut hadir pada istiadat tadi ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah dan isteri Datin Seri Hamisah Hussin, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman serta barisan Pengarah PDRM.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamaruddin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 14 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, indoor and text

May be an image of 6 people, people standing, military uniform and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing and indoor
May be an image of 11 people, people standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS