Menu

KOMITMEN JITU WARGA PDRM TERZAHIR DENGAN PENURUNAN KADAR JENAYAH TAHUN LALU – KPN

Kuala Lumpur, 11 Januari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berpuas hati dengan pencapaian warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun 2022 dalam mengekalkan situasi keselamatan negara pada tahap yang amat baik dan terkawal.

Perkara itu dinyatakan dalam amanat beliau sempena Perhimpunan Bulanan KPN anjuran Jabatan Pengurusan yang diadakan di Dataran Kompleks 3, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi dan secara dalam talian.

Jelasnya, berdasarkan statistik Jenayah Indeks seluruh negara bagi tahun lalu, sebanyak 50,819 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga Disember 2022, berbanding 52,974 kes dalam tempoh yang sama tahun 2021. Ia menunjukkan penurunan sebanyak 2,155 kes atau 4.1 peratus.

Bagi usaha membanteras dan mencegah penyalahgunaan najis dadah, ia menunjukkan peningkatan bilangan kes dan tangkapan, dengan 141,346 kes dan 163,740 tangkapan direkodkan sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2022 bagi pelbagai jenis kesalahan narkotik, berbanding 108,273 kes serta 129,654 tangkapan bagi tempoh yang sama pada tahun 2021.

Manakala tangkapan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) juga merekodkan peningkatan pada tahun 2022 sebanyak 1,261 orang berbanding 1,186 pada tahun 2021.

Kejayaan sama turut direkodkan melalui statistik kes jenayah komersil yang menunjukkan penurunan bagi bulan Januari hingga Disember 2022 dengan mencatatkan 30,536 kes berbanding tempoh kajian yang sama bagi tahun 2021 iaitu 31,490 kes.

“Manakala bagi kes-kes yang berkaitan penyeludupan, migran dan khazanah negara pula merekodkan peningkatan bilangan kes, tangkapan serta nilai rampasan yang direkodkan iaitu 2,866 kes, 5,945 tangkapan dan RM495.6 juta nilai rampasan bagi tempoh Januari hingga Disember 2022 berbanding 2,811 kes, 4,840 tangkapan serta RM445.9 juta nilai rampasan bagi tempoh yang sama tahun 2021,” ucap beliau lagi.

Perhimpunan turut menyaksikan penyampaian Sijil Penghargaan Tolak Rasuah kepada tujuh pegawai kanan bersama 20 anggota polis sebagai menghargai tindakan mereka dalam melaporkan pemberian serta penerimaan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kes berkenaan disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah. Dua daripada penerima sijil telah meninggal dunia dan diwakili oleh waris masing-masing.

Kesemua penerima turut diberi pengiktirafan dalam Majlis Penyampaian Amanat dan Perhimpunan Bulanan SPRM pada 5 Januari lalu.

Tan Sri Acryl Sani juga berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 27 pegawai polis dan pegawai awam Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan masing-masing.
 
Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan, CP Dato’ Sri Zaini Jass dan barisan Pengarah PDRM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 13 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text that says 'PERHIMP KETUA PO 11 NUARI 2023'

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and text

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 10 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

No photo description available.

May be an image of 5 people, military uniform and outdoors

May be an image of 9 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS