Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM TIDAK BERKOMPROMI DENGAN ANGGOTA TERLIBAT KES RASUAH - KPN

Menurutnya, dalam hal ini, sekiranya ada mana-mana pegawai masih tersasar dan tidak kembali ke jalan yang benar, penyelia perlu memainkan peranan untuk mendokumentasikan salah laku mereka secara sistematik mengikut garis panduan dan peraturan ditetapkan.
 
“Kita tidak boleh dan tidak akan berkompromi kepada segelintir mereka yang ingkar. Ini bukan bertujuan untuk menzalimi, tetapi mereka sendiri menzalimi Pasukan.

“Kita tidak mahu majoriti terpalit dengan sikap hanya segolongan yang tidak menyayangi Pasukan ibarat setitik nila yang merosakkan sebelanga susu,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPN di Bukit Aman, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Tan Sri Acryl Sani mengucapkan syabas kepada majoriti anggotanya yang jujur, ikhlas dan komited dalam menjalankan tugas mereka walaupun tidak menerima sebarang pujian.

“Yakinlah setiap kejujuran dan keikhlasan pasti akan diberi balasan yang sebaik-baiknya kerana itu janji Allah SWT,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Oleh Muhaamad Hafis mhafis@hmetro.com.my Kuala Lampur segelintir sukar ikap 'Mereka sendiri zalimi pasukan' Acryl Sani tegaskan PDRM tidak berkompromi dengan mana-mana anggota terbabit kes rasuah sendiri menzalimi Diraja Malaysia yang jujur, ikhlas seru 'Yakinlah ap dan kepada Allah PDRM, indakan belion ebih warga pasukan beruniform pastiak diberi ba- majlis beliau me- Keikhlasan pasti akan diberi balasan sebaik-baiknya kesalahan oleh Pegawi manakala diterima waris ma- sing- masing.'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS