Menu

POSTING PILIHAN: KPN HADIR MAJLIS SUAI KENAL AJK MASJID AN-NUR

Subang Jaya, 13 Januari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN) hadir menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah dan seterusnya diperkenalkan dalam majlis sesi suai kenal Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu Masjid An-Nur, USJ 4, malam tadi.
Dalam majlis tersebut, beliau turut diberi kesempatan menyampaikan ucapan dan menyantuni penduduk setempat serta kariah sekitarnya.

Dalam majlis sama, turut diadakan pameran jenayah siber dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman sebagai pendedahan dan kesedaran kepada penduduk setempat.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Dr. Mustafa Khan Hj. Abdul Samat, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat dan para pegawai kanan PDRM.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS