Menu

TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT DI ISTANA NEGARA

Kuala Lumpur, 13 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang diadakan di Surau Utama Istana Negara, semalam.

Majlis tersebut dianjurkan sempena ulang tahun keempat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menaiki takhta sebagai Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS