Segak memadankan uniform berwarna biru gelap dan beret terletak kemas di atas kepala sambil menyusun langkah kawad kaki.
Itulah pakaian rasmi Kor Kadet Polis yang merupakan antara pasukan beruniform menjadi pilihan kokurikulum para pelajar di sekolah menengah.
Penubuhan pasukan Kadet Polis adalah untuk memberi pendedahan kepada sebilangan pelajar aspek peranan dan fungsi kepolisan menangani masalah jenayah, dadah, moral serta gengsterisme dalam kalangan pelajar yang bakal memimpin negara pada masa depan.
Justeru, Kor Kadet Polis sekolah menengah memainkan peranan penting memupuk disiplin dan jiwa kental dalam kalangan para murid sekolah menengah.
Ikuti kupasan lanjut kepentingan Kor Kadet Polis dalam melahirkan generasi muda pada masa hadapan menerusi keratan akhbar terbitan
Sinar Harian di lampiran.