Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BARANG KES OP DAULAT JADI BAHAN SEJARAH

Lahad Datu, 17 Januari 2023 - Sebanyak 438 barang kes Op Daulat pada tahun 2013 milik kumpulan pengganas Sulu diserah kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah untuk disimpan sebagai bahan peninggalan sejarah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abdul Jalil Hassan berkata, barang kes itu termasuk 56 pelbagai jenis senjata api dan peluru, 48 bilah pisau dan parang, 95 item dokumen merangkumi pengenalan diri, risalah dan surat serta 110 item lain.

“Sebelum ini Jabatan Siasatan Jenayah menerusi Jabatan Peguam Negara mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan agar semua rampasan eksibit dan barang kes Op Daulat diserahkan kepada PDRM untuk simpanan bahan sejarah.

“Keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan bersidang pada 15 Januari 2018 membenarkan permohonan itu yang melibatkan 812 ekshibit dan barang kes Op Daulat, iaitu 329 barang kes seperti pakaian, alat perhubungan dan spesimen dilupuskan secara kekal manakala 438 barang kes disimpan di Muzium PDRM Sabah," katanya kepada pemberita selepas pelupusan dan penyerahan barang kes itu di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 10 people and text that says 'Sebanyak 438 barang kes Op Daulat milik pengganas diserah kepada Muzium PDRM Sabah LAHAD DATU Barang kes Op Daulat jadi bahan sejarah duada ada_mai Sabah. Polis Lahad Isnin. Laporan Sinar Sınar Zan TIGAWIRA TERKORBAN Pulau Pulau ngan Mac de- Tanduo. Bernama liserahkan dirampas ketika Daulat Jabatan erbendaharaan tangkal penceroboh Muzium'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS