Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, CP Dato’ Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah (Gerakan),
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Bukit Aman ingin mengucapkan “Xin Nian Kuai Le” kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia dan masyarakat berbangsa Tionghua yang sama-sama meraikannya.
Tahun Baharu Cina merupakan salah satu perayaan utama dalam negara kita yang berbilang kaum dan agama. Semoga Tahun Arnab pada kali
ini disambut dengan penuh keharmonian dan aman damai sesuai dengan semangat muhibah dan bersatu-padu sebagai rakyat negara bertuah, Malaysia.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#20012023
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/752357126510759/
