Menu

#OPBANJIR POSTING PILIHAN: PASUKAN PENYELAMAT BANTU SELAMATKAN MANGSA BANJIR DI DAERAH ROMPIN

Meneruskan misi bantuan memindahkan mangsa banjir, Ketua Polis Balai Kuala Rompin, Inspektor Mohd Asura Ahamad dan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin bersama-sama dengan penduduk kampung telah bantu menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Orang Asli Sungai Mok, Rompin, Pahang, semalam.

Antara mangsa yang berjaya diselamatkan adalah seorang pesakit buah pinggang dan juga ibu mengandung di kawasan kampung tersebut, kedua-dua mereka telah selamat dihantar ke klinik kesihatan dalam keadaan yang baik.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS