Kuantan, 1 Februari 2023 - Seramai 33 penagih tegar dalam kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan seorang remaja 14 tahun antara 450 individu ditahan hasil serbuan ke atas 28 sarang penagih dadah dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia 2023 di negeri ini, minggu lalu.
Dalam operasi khas selama tiga hari bermula 25 Januari lalu itu, pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat keseluruhan lebih 1.1 kilogram dan 107.63 liter air ketum berjaya dirampas.
Ketua
Polis Pahang, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam operasi dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang itu, seramai 35 pengedar atau tokan dadah dan 12 individu dikehendaki antara yang ditahan.
Menurutnya, operasi melibatkan 297 serbuan dan 532 pemeriksaan di seluruh Pahang melibatkan lokasi di kawasan bandar, tanah rancangan Felda dan kawasan perumahan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.