Serdang, 3 Februari 2023 - Ingin hidup mewah mendorong seorang bekas pemandu e-hailing terbabit dalam kegiatan memproses dadah sejak setahun lalu.
Malah lelaki itu dipercayai sanggup belajar membuat dadah melalui YouTube untuk merealisasikan impiannya.
Bagaimanapun kegiatan itu tidak bertahan lama apabila makmal dadah haram yang beroperasi di kawasan kilang perindustrian kecil dan sederhana (SME) di Seri Kembangan, di sini, diserbu polis, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A Anbalagan berkata, dalam serbuan kira-kira jam 7.00 malam itu, polis merampas dadah kira-kira 123 kilogram bernilai lebih RM6.38 juta.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.