Menu

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: JSJN BUKIT AMAN GEMPUR SEBUAH PUSAT HIBURAN DI LEMBAH KLANG

Kuala Lumpur, 6 Februari 2023 - Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman telah melakukan serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Lembah Klang.

Seramai 38 individu termasuk enam pelayan pelanggan di premis terbabit telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 33 individu ditahan termasuk 6 pembekal dadah.

Hasil serbuan tersebut, seramai enam wanita warganegara asing telah ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 55B/39b Akta Imigresen 1959/63 manakala 27 lagi ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Pihak polis juga berjaya merampas 1,620 mililiter jus minuman yang mengandungi bahan disyaki cecair Methamphetamine, 133 peket plastik yang berisi bahan disyaki dadah Ekstasi seberat 2,069 gram dan satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 31 gram. Anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM43,750.

Orang ramai diseru untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS