Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan giat meneruskan bantuan memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Terentang, SK Tanah Putih, Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya dan SK Maulana, Pekan, Pahang.