Pengguna jalan raya diingatkan agar meletakkan kenderaan masing-masing di parkir yang telah disediakan bagi mengelakkan kesesakan.
Mana-mana individu yang sengaja meletakkan halangan seperti payung, gerai berniaga, 'cop' parkir dan lain-lain kesalahan serta gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah
Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.