Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: LIMA PEMBANCUH JUS DADAH DITAHAN DALAM 10 SERBUAN

Kuala Lumpur, 14 Februari 2023 - Lima pembancuh jus dadah atau digelar ‘doktor' ditahan dalam 10 serbuan berasingan membanteras penyalahgunaan dadah oleh Polis Kuala Lumpur dan Bukit Aman, sejak 7 Februari hingga 9 Februari lalu.

Serbuan dilaksanakan oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dengan kerjasama JSJN Bukit Aman, terhadap tiga sindiket dadah yang disyaki aktif sejak enam bulan lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim berkata, ketiga-tiga sindiket dadah itu didalangi warga tempatan dan bergerak aktif di sekitar Kuala Lumpur dengan menyasarkan pengunjung pusat hiburan sebagai pembeli dadah jenis minuman berjus yang dicampurkan dengan serbuk dadah ketamin.

“Operasi pertama pada 7 Februari membabitkan lima serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, dan menahan enam lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 39 tahun.
“Operasi pertama ini membawa kepada rampasan dadah Ketamin seberat 21 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM1.2 juta dan Syabu seberat dua kg bernilai kira-kira RM72.000.

Beliau berkata secara keseluruhan dadah yang dirampas dalam ialah 22kg dadah Ketamin, 2kg dadah Syabu, 248 botol cecair dadah Ketamin, 2.6kg serbuk Ketamin, 200 biji Pil Eramin Five dan 49 batang rokok mengandungi mushroom sintetik.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS